Friday, April 8, 2016

Proposed LRT Stations – Bayan Lepas Line

 Source: Penang Property News

Proposed LRT Stations – Bayan Lepas Line

LRT-MAP1

Bayan Lepas LRT, the very first LRT line in Penang, will be about 30 km in length with 27 stations running from KOMTAR to the future reclaimed islands in the south.

Besides passing through must-go-points at KOMTAR, Bayan Lepas FIZ and the Penang International Airport, the line will also serve established and planned residential townships and employment hubs in Jelutong, The Light, Gelugor, Batu Uban, SPICE in Bayan Baru, Sg Tiram and Batu Maung.

The proposed alignment of the Bayan Lepas LRT serves the heavier travel demand corridor in the eastern or Bayan Lepas belt – from KOMTAR all the way to the Penang International Airport. The LRT system is most suitable to cater for future increases in travel demand from:

  • Expansion of the Penang International Airport from 6.5 million passengers per annum to potentially 20 million passengers per annum;
  • Expansion of the Bayan Lepas industrial zone; and
  • The developments in the southern coast reclaimed islands.

Click on the detailed map below to find out exactly where the 27 proposed LRT stations will be built.

Tuesday, March 31, 2015

Hasil kajian kesesakan Tambak Johor tentukan pelaksanaan RTS

 Mac 31, 2015 @ 6:25pm






JOHOR BAHRU: Malaysia sedang membuat kajian tentang kesesakan di Tambak Johor bersama Singapura, yang hasilnya akan menentukan tindakan lanjut berhubung cadangan pelaksanaan Rapid Transit System (RTS) Link.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata hasil kajian itu kemudian akan dikemukakan kepada kedua-dua perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Lee Hsien Loong untuk perbincangan lanjut.

Kajian ini dijangka selesai sebelum Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura di republik itu, yang dijadualkan berlangsung pada 5 Mei.

"Sebenarnya, apa yang telah kami lakukan ialah menjalankan kajian tentang tahap kesesakan di Tambak Johor serta meramalkan kesan daripada pelaksanaan RTS, dan jika kami bercadang melaksanakannya sekali dengan jambatan persahabatan, contohnya, apakah kelak kesannya dan sebagainya," kata Abdul Wahid.

DISYORKAN UNTUK ANDA

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini selepas upacara melepaskan peserta Jelajah Johor di Celebration Square di Teluk Danga di sini.

Ketika mengulas tentang kemajuan RTS, Abdul Wahid, yang menjadi pengerusi bersama mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Iskandar Malaysia (JMCIM) Malaysia-Singapura di Putrajaya bulan lepas berkata kajian itu perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Menangkis dakwaan pembangkang tentang wujudnya "kegagalan komunikasi" antara kedua-dua kerajaan tentang kemajuan RTS, beliau berkata: "Tidak ada masalah. Pada mesyuarat JMCIM kami, saya berpendapat semua isu ini dibincang kedua-dua pihak."

Beliau juga mengesahkan bahawa Kerajaan Johor dan Kerajaan Singapura memberi cadangan masing-masing tentang lokasi perhentian bagi RTS.

"Ya, kami mengemukakan cadangan tentang jajaran asas dan kami sebenarnya sedang meneliti kemungkinan sama ada ia sesuai dengan lokasi perhentian di Johor Bahru.

"Terdapat tiga lokasi yang disebut sebelum ini iaitu Tanjung Puteri, Bukit Chagar dan JB Sentral. Saya rasa, eloklah kami selesaikan kajian kesesakan ini dahulu bersama Singapura dan kemudian kami akan bergerak seterusnya dari situ," kata Abdul Wahid.

Awal bulan ini, Kerajaan Johor menafikan pihaknya melewat-lewatkan pelaksanaan projek rel ini dan berkata Singapura belum membuat keputusan tentang jajaran RTS itu, manakala Singapura menafikan dakwaan itu dengan berkata stesen RTS Johor Bahru perlu dibina sebelum kedua-dua pihak dapat memuktamadkan jajaran landasan antara Johor Bahru dan Singapura. - BERNAMA

Minor amendment to LRT Mutiara Line won’t have big effect on environmental impact assessment, says MRT Corp CEO

Source: Malay Mail MRT Corp chief executive officer Datuk Mohd Zarif Hashim said the minor amendment involved the LRT Mutiara Line alignment...